26 January 2009

Untukmu

Sorry guys for the overwhelming posts. I feel quite excited today but not solely because of the event =)

UNTUKMU
WPH

Bersabarlah,
masa untuk anda akan sampai juga,
tak kira bagaimanapun,
anda adalah perwiraku yang berjuang demi kebaikan.
Tanpa sokanganmu, saya tidak akan berada di atas pentas yang bersinar.

Detik-detik manis akanku ingatkan,
selama-lamanya hingga ke tanah merah.
Kaulah manusia yang diperlukan oleh negara kita,
semangat berjuangmu yang berkobar-kobar,
amat disanjungi oleh saya.

Tidak kira apa subjek yang kamu pilih,
saya akan sentiasa di sisimu,
memberi sokongan moral kepada anda.

Walaupun dunia kami berlainan,
kita pernah bergaduh,
kita pernah bergurau,
kita pernah sot sot,
kita pernah bermesra,
tak kira apa yang berlaku pada masa hadapan,
saya akan sentiasa berdoa untukmu,
tanpa mengharapkan apa-apa.
Asalkan semua orang berasa gembira,
saya dah amat berpuas hati.

Perwiraku,
yang pernah menembak hatiku,
sehingga bulletnya menembusi hatiku berkali-kali,
walaupun ia berdarah,
tetapi demi negara yang tercinta,
saya rela berkorban,
demi kebahagiaan negara ini.

Jadilah manusia yang berguna,
janganlah sia-sia tenaga dan masamu,
bayang saya akan sentiasa berada di sisimu,
bersama-sama mengharungi kedukaan dan kesukaan hidup.

Hatiku bercelaru,
tapi mindaku bertenang macam air perigi,
saya tetap bertekad dengan pilihanku,
tanpa mengerti kesusahan,
harap semua ia berbaloi dengan senyumanmu yang manis.
Saya tak mau apa-apa,
saya hanya mahu melihatmu gembira.

Terima kasih kepadamu yang sentiasa memberi inspirasi kapadaku apabila saya terkenang tentangmu.
Walau bagaimanapun,
kita sudah tahu berfikir dan matang,
kita telah membuat keputusan yang terbaik setakat kini.
Tuhan akan sentiasa menjaga nama baikmu.

Thanks dear.

With love,
PehHwa

Hmmm..... Well, once I write a Malay poem, suddenly I am thinking of EZat Almy, my dear friend a.ka. groupmate of Induction Weekend of RIKL. Hope to see you before the sun is going down and be strong in the army camp.

All the best to everyone.

Nite nite =)

No comments:

eXTReMe Tracker